Thursday 4 December 2014

agresif ka terlalu berani?

Assalamualaikum... lama sungguh x update blog.bersawang.boleh kata tiap2 hari nak update tapiii...sebab masalah pix x leh upload trus x ada mood.
Hari ni nak update juga la.walaupun kosong tanpa gambar.

Dlm tempoh sebulan ni rasa masa sgt padat.padat sepadat2nya.sibuk,tapi sibuk ngan kambing saja.

Masa first ternak aku beli 25 eko kambing cross boer,mula2 ingat nak biakkan yg ni saja campur kambing insentif drp moa (sampai skrg lom dpt.otw kot,klu dpt alhamdulillah,tu bonus).lepas tu xtahan, membesar invest plak.7 eko kambing baru masuk kandang.

Then,kawan lama,rakan satu skuad rotu usm,kaki bisnes,tokey emas,ada 12 anak syarikat,panglima2 yg agresif,bisnes itu ini.setiap kali aku post dlm fb dia dok kecek (minta) nak masukkan kambing,nak pawah.time tu mmg aku x ready banyak kali aku x nak.sampai entah kali keberapa,aku suruh dia dtg tgk kawasan kandang,sebelum nak pawah kambing.

Minta saja datang, Azrul Syahrizan Abd Rahman dgn panglima dia,Alif trus terjah kandang,terus menerus dr Johor nun..semata2 nak join venture.lama bincang,aku segan juga sbb pengalaman xada.buat mati kambing org,mampuihhhh..dia nak juga join venture.last2 aku stuju juga la,tgk kesungguhan dia dan term and condition (biar kami saja yg tau) ok mlm tu juga dia bagi duit.kebetulan esok tu ada kwn nak jual kambing kampung.murah rm3100 utk 16 eko dan 2 eko kambing anglo cross.

Waktu ada 25 eko kambing aku rasa wow kambing byk.lama2 tgk mcm sikit.bila masuk kambing join venture (JV) 18 eko aku rasa dh ok,puas tgk kambing byk.pastu rakan jv pump duit lagi,buat kandang,gila ahhh dh kambing pawah,pump duit buat kandang lagi.sebelum tu mmg aku dh plan nak buat kandang.ini kes pucuk dicita ulam mendatang,so buat la kandang baru 20x48 dgn kos rm13,330.nak dijadikan rezeki,ngam2 kandang siap ada org nak jual kambing,Pak Naim drp bt 10 lekir (terima kasih kpd man jadda wa jadda aka azizul pemilik blog ziezulgoatworld.blogspot.com yg rekemenkan)

Dipendekkan cerita lepas tgk puas hati,kambing gembala,nampak sihat. Azrul bg lampu hijau,jadi beli. 37 eko rm9500.gila murah,seko jatuh dlm rm250.
13 eko bunting berat,12 eko jantan yg lain dara.lepas masuk kandang gila byk kambing dh jadi 87 eko.perghhh puas hati tgk kambing byk.. puas mengembala.puas nak kepung. (Dlm byk2 tu ada juga yg kiokkk).

Dua minggu lepas aku dpt berita gembira,khabarnya cek utk geran intensif moa dh lulus.insyaAllah,ada rezeki kira bonus la.aku mau tambah itu kambing,biar byk,biar cepat membiak,biar puas mengembala,biar kambing kacukan tempatan mendapat tempat sewajarnya,biar org ramai mkn daging kambing yg ditundukkan,bukan kambing liar.
(Kambing liar pun mahal juga, rm700 juga seko).

Kepada rakan gembala,terima kasih byk berkongsi maklumat dgn aku yg pengembala hingusan ni.org lain bela sikit2 sbgai permulaan,aku...ntah la,ada org kata agresif,tapi ni la aku,klu buat biar bersungguh,bela kambing 25 eko atau 200 eko sama juga,tetap kena bela,kena gembala,baik bela byk.biak cepat membiak.
Kepada veterinar kg gajah,terima kasih jua,dh 3 kali merawat ternakan,biasa la,org baru,pengalaman kurang,klu vet xdtg cuak.

Ok next projek dgn sorang lagi rakan jv..lbh kepada dua pupu punya jv..insyaAllah Hasnizam Ramli..projek dlm perancangan,

Maaf la iya,penuh ngan teks,pix masih xleh upload.apa punya masalah xtau.

No comments:

Post a Comment